1 Juta Pokok Penanaman Pulau Pinang

PROGRAM PENANAMAN
1 JUTA POKOK DALAM
SEHARI DI PULAU PINANG
SEMPENA HARI BUMI
22 APRIL 2024

Kekal Kehijauan Membawa Kebahagian

PROGRAM PENANAMAN 1 JUTA POKOK DALAM SEHARI DI PULAU PINANG SEMPENA HARI BUMI 22 APRIL 2024

MUAT TURUN APLIKASI

PROGRAM PENANAMAN 1 JUTA POKOK DALAM SEHARI DI PULAU PINANG SEMPENA HARI BUMI 22 APRIL 2024

OBJEKTIF

Memulihkan dan melindungi ekosistem semulajadi.

Membawa kehijauan kepada komuniti.

Meningkatkan kelestarian alam sekitar, sosial, dan ekonomi.

Penang-08
Penang-08

Kesan Terhadap Pulau Pinang

Karbon dioksida yang berkurangan, membawa kehijauan kepada persekitaran dan menurunkan purata suhu sekeliling.

Malaysia-11
Malaysia-11

Kesan Terhadap Malaysia secara Keseluruhan

Karbon Dioksida yang berkurangan, membawa kehijauan kepada persekitaran dan menurunkan purata suhu sekeliling, Satu (1) juta pokok matang (iaitu selepas 2 tahun) boleh menyerap 40,000 tan CO2e.

MISI

Menanam Satu (1) Juta Pokok dalam satu hari sempena Hari Bumi pada 22 April 2024. Projek ini bertujuan untuk mengurangkan pembalakan hutan, mengekalkan kepelbagaian biologi, untuk memelihara matlamat di peringkat negeri dan mengurangkan kesan perubahan iklim. Dengan melibatkan komuniti, sektor kerajaan, korporat, dan sukarelawan, kita boleh mencipta impak yang berkekalan kepada negara. Usaha ini menyumbang kepada persekitaran yang lebih hijau yang sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan 13 dan ESG.

VISI

Negeri Pulau Pinang selari dengan kelestarian alam sekitar, sosial, dan tadbir urus korporat (ESG). Semua pihak yang terlibat dijadualkan untuk menanam pokok di seluruh negeri. Mengikut Teknologi Hijau Malaysia (MGTC), lebih dari sejuta pokok ini mampu menyerap 40,000 tan karbon dioksida setahun.

PROGRAM PENANAMAN 1 JUTA POKOK DALAM SEHARI DI PULAU PINANG SEMPENA HARI BUMI 22 APRIL 2024

LOKASI

  • SERI MUTIARA
  • PERSISIRAN PANTAI
  • TEMPAT AWAM
  • TAMAN AWAM
  • KAWASAN PEMBANGUNAN
  • KAWASAN KILANG
  • UNIVERSITI/ INSTITUTIONS
  • SEKOLAH
  • PEJABAT
  • TANAH PERSENDIRIAN
  • HUTAN PAYA BAKAU
PROGRAM PENANAMAN 1 JUTA POKOK DALAM SEHARI DI PULAU PINANG SEMPENA HARI BUMI 22 APRIL 2024

SENARAI POKOK

LANDSKAP

HUTAN PAYA

BUNGA

BUAH–BUAHAN TEMPATAN

HERBA

LANDSKAP

BUNGA

BUAH–BUAHAN TEMPATAN

HUTAN PAYA

HERBA

LANDSKAP

BUNGA

BUAH–BUAHAN TEMPATAN

HUTAN PAYA

HERBA

PROGRAM PENANAMAN 1 JUTA POKOK DALAM SEHARI DI PULAU PINANG SEMPENA HARI BUMI 22 APRIL 2024

RAKAN STRATEGI

PROGRAM PENANAMAN 1 JUTA POKOK DALAM SEHARI DI PULAU PINANG SEMPENA HARI BUMI 22 APRIL 2024

BERITA

PROGRAM PENANAMAN 1 JUTA POKOK DALAM SEHARI DI PULAU PINANG SEMPENA HARI BUMI 22 APRIL 2024

MEDIA

PROGRAM PENANAMAN 1 JUTA POKOK DALAM SEHARI DI PULAU PINANG SEMPENA HARI BUMI 22 APRIL 2024

SOALAN LAZIM

Kandungan Akordion

Anda boleh menukar bahasa di halaman profil.

Anda boleh menghubungi 04 – 2628 594 untuk sokongan.

Jika anda menemui sebarang kesilapan dalam penyerahan, sila hubungi kami di 04 – 2628 594 dan berikan ID penyerahan tersebut.

Tujuan program menanam satu juta pokok di sekitar kawasan Pulau Pinang program ini adalah untuk melindungi dan mengembalikan ekosistem semulajadi, membawa kehijauan kepada komuniti dan menambah baik kelestarian alam sekitar, sosial dan ekonomi.

Program ini melibatkan semua stakeholders terdiri daripada jabatan kerajaan, agensi kerajaan, sektor swasta, ahli korporat, masjid, rumah ibadat, sekolah, universiti, institut pengajian tinggi, NGO, CBO dan individu tanpa mengira umur bangsa atau agama.

Peserta boleh mendaftar dengan melayari laman web yayasanamaltytpp.com, klik pada banner bergerak bertajuk “Program Menanam Satu Juta Pokok Di Pulau Pinang Sempena Earth Day 2024”, klik butang daftar dan teruskan pengisian maklumat.

Ya, boleh. Tetapi pokok-pokok mestilah ditanam di Negeri Pulau Pinang ( Pulau Pinang dan Seberang Perai)

Peserta dibenarkan memilih dari 60 spesis pokok-pokok yang tersenarai dalam borang pendaftaran (dalam Google Form) yang boleh diperolehi dari laman web yayasanamaltytpp.com. Pokok-pokok ini dari kumpulan pokok-pokok buah-buahan, pokok hiasan, pokok berbunga, pokok herba, pokok bakau, pokok hutan.

Pokok-pokok yang disenaraikan ini adalah yang biasa ditemui oleh peserta dan biasa ditanam dihalaman rumah dan tempat-tempat awam. Gamabar-gambar pokok-pokok disertakan dalam borang pendaftaran yang boleh diperolehi dari laman web yayasanamaltytpp.com.

Disamping itu peserta boleh memilih pokok dari spesis lain dan nyatakan spesis pokok pilihan peserta. Pokok yang dipilih mestilah pokok berkayu dan ditanam diatas tanah. Tiada had terhadap bilangan pokok yang akan ditanamkan.

Peserta boleh dapatkan pokok-pokok tersebut di nurseri pokok berhampiran rumah anda. Ataupun anda boleh menghubungi nombor telepon nurseri yang terdapat dalam web yayasanamaltytpp.com. Sila berbincang harga untuk mendapat tawaran harga terbaik.

Untuk melayakkan pengiraan 1 juta pokok dalam program ini, anda tidak boleh tanam pokok-pokok tersebut dalam pasu bunga. Semua penanaman pokok-pokok mestilah ditanam dalam tanah di persekitaran Negeri Pulau Pinang (Pulau Pinang dan Seberang Perai).

a. Bagaimana cara menanam – Peserta boleh membuat persediaan tapak lebih awal, kami syorkan buat tempahan pokok dan pembersihan tapak mulai dari sekarang Februari 2024. Kerja-kerja mengorek lubang atau membuat alur untuk penanaman pokok boleh dimulai 1hb April 2024. Anak-anak pokok yang hendak ditanam hendaklah sampai ke kawasan transit atau halaman rumah pada 15hb April 2024. Anak-anak pokok diedar kelokasi tanaman tidak lewat dari 21hb April 2024 dan dimasukkan terus kedalam lubang atau alur yang telah disediakan lebih awal, tetapi jangan ditimbus. Penanaman pokok boleh bermula dari jam 12.00 malam, 22hb April 2024 hingga 11.59malam, satu minit sebelum 23hb April 2024, dengan menolak masuk tanah-tanah yang telah tersedia ditepi anak-anak pokok yang hendak ditanam samada secara manual atau dengan menggunakan jentera. Peserta diminta mengambil gambar, video dan muatnaik ke platform yang akan disediakan. Kami memohon kerjasama semua peserta supaya menghantar gambar dan video penyertaan pada 22hb April 2024 sebagi bukti penanaman. Semua bukti penanaman akan divalidasi oleh pasukan Malaysia Book Of Rekods dan pasukan Yayasan Amal TYT Pulau Pinang.

b. Siapa yang akan tanam – Peserta, sukarelawan dan pekerja yang diambil oleh peserta untuk membantu. Boleh menanam dengan mengunakan jentera atau alatan yang sesuai.

c. Bila nak tanam – Penanaman pokok boleh bermula dari jam 12.01 malam, 22hb April 2024 hingga 12.00 malam, sebelum 23hb April 2024, dengan menolak masuk tanah-tanah yang telah tersedia ditepi anak-anak pokok yang hendak ditanam samada secara manual atau dengan menggunakan jentera.

d. Tempat penanaman – Halaman rumah sendiri atau tanah yang dibenarkan oleh pemunya.

e. Pelan tindakan program penanaman 1 juta pokok dalam sehari sempena Hari Bumi 2024.

Video selama 15 saat dari sudut yang menunjukkan proses penanaman pokok hendaklah diambil semasa penanaman pada 22 April 2024. Isi maklumat asas dan muat naik ke dalam aplikasi kami.

Menghantar video dan mengisi maklumat asas diperlukan untuk diaudit oleh juruaudit Malaysia Book Of Records secara dalam talian dan di tempat sebagai bukti penanaman sebenar.

Kandungan Akordion

Hanya satu video berdurasi 15 saat dan muat naik kepauatan yang disediakan.

Ya, ada. Peserta boleh mendaftar dengan melayari laman web yayasanamaltytpp.com or 1milliontreepenang.com, klik pada banner bergerak bertajuk “Program Menanam Satu Juta Pokok Di Pulau Pinang Sempena Earth Day 2024”, klik butang daftar dan teruskan pengisian maklumat.

Ya. Butiran seperti berikut:

Bagi penderma pokok atau peserta yang membeli dan menanam pokok, Sijil menanam pokok akan diberikan atas nama mereka atau badan yang menderma pokok.

Bagi sukarelawan yang mengambil bahagian menanam pokok, sijil penyertaan akan diberikan kepada badan atau NGO yang mereka wakili.

Ya, Pelancaran Rasmi “Program Penanaman 1 juta pokok sempena Hari Bumi 2024” telah diadakan pada 22hb Januari 2024, bertempat di kediaman rasmi TYT Pulau Pinang.

Tidak ada pemakluman. Peserta boleh terus tanam pada masa yang anda selesa iaitu bila-bila masa diantara 12.01 malam 22 April 2024 sehingga 12.00 malam sebelum 23 April 2024.

Jika peserta berkumpulan yang mewakili mana-mana badan sila ikut arahan penanaman oleh badan tersebut tetapi mestilah pada 22hb April 2024.

Sila ambil perhatian pokok mestilah ditanam serentak bukanya berperingkat-peringkat sebelum 22 April 2024.

Peserta boleh menanam diluar masa pejabat iaitu sebelum atau selepas masa pejabat.

Walaubagaimanapun jika peserta mendapat pelepasan dari ketua jabatan masing-masing, peserta boleh menanam dalam masa yang diberi pelepasan tetapi mestilah 22 April 2024.

Pokok-pokok yang ditanam mestilah berukuran sekurang-kurangnya 2 kaki tinggi/panjang (bukan biji benih pokok-pokok) dari paras bumi.

Boleh. Sila nyatakan nama pokok didalam borang dan jenis Pokok tersebut mestilah pokok berkayu.

Kami ingin menekankan bahawa sesiapa yang mengambil bahagian dalam Program Penanaman 1 Juta Pokok Dalam Sehari sudah tentunya akan mencipta sejarah kerana inilah kali pertama Program Penanaman 1 juta pokok dalam sehari dianjurkan di Malaysia.

Disamping itu Yayasan Amal TYT Pulau Pinang akan mengeluarkan sijil penanaman atau sijil penyertaan mengikut katogeri seperti yang dijelaskan dim para 11 diatas.

Wawasan besar yang hendak dicapai dalam program ini dan manfaatnya kepada rakyat adalah:

a. Penghasilan produk buah-buahan dari sekolah, komuniti, badan-badan kebajikan akan menambah tahap sara diri (SSL-self sufficiency level) serta meningkatkan keterjaminan makanan (food security). 10 spesis buah-buahan, 10 spesis herba.

b. Pengindahan disepanjang jalan utama, pocket park, tree bank, forest park di wujudkan melalui program ini. 30 pokok hiasan

c. Kehijauan membawa kebahagian, negara-negara didunia telah mula mengukur indek kebahagain atau happiness index sebagai kayu ukur peningkatan kualiti hidup. Malaysia has been ranked 55 on the world happiness index(WHI) 2023. Report with a score of 6.012( happiness index 0 unhappy, 10 happy), ahead of Indonesia and China who ranked at 84 and 64 respectively. In 2022, Malaysia ranked 70 out of 149 countries. Highest is Finland 7.8 and lowest Afganistant 1.86 pts. source WHI report.

d. Melindungi dan mengembalikan ekosistem semula jadi

e. Meningkatkan kelestarian alam sekitar,sosial dan ekonomi.

f. Meningkatkan kesedaran pokok adalah sumber semulajadi dan aset kepada komuniti. One large tree can provide a day’s supply of exyge for up to four people. Trees also store carbon dioxide in their fibers helping to clean the air and reduce the negative effect that co2 could have had on our environment, greenery bring happiness, food security, increase self-sufficiency level.

Berdasarkan kiraan Malaysia Green Technology Corporation (MGTC) 1 juta pokok yang ditanam ini apabila matang, iaitu selepas 5 tahun berupaya menyerap 40,000 ton CO2e setahun.

Justeru Kombinasi manfaat yang akan dicapai dari program ini, iaitu melindungi dan mengembalikan ekosystem semula jadi, membawa kehijauan kepada komuniti, kelestarian alam sekitar, social dan ekonomi adalah erti kabajikan atau charity yang diperluaskan kepada manusia, tumbuh-tumbuhan dan haiwan.

Program ini juga dapat mewujudkan kesan penjagaan alam sekitar yang berkekalan di negara kita dan usaha ini secara tidak langsung turut menyumbang kepada kehijauan alam sekitar, pematuhan kepada kehendak ESG dan SDG 11.

ms_MYBM